Sunday, June 2, 2013

Manusia



{76}
AL-INSAN (manusia) 1~ 31.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Bukankah telah lewat atas manusia satu ketika daripada masa dimana ia bukan suatu benda yang dapat disebut ?
2. Sesungguhnya kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani)  yang bergiliran, yang kami beri percubaan kepada nya, iaitu kami jadikan dia mendengar, melihat.
3. Sesungguhnya kami unjukan kepada nya jalan (yang lurus), mahu pun ia berterima kasih atau pun ia melupakan budi.
4. Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu rantai-rantai dan belengu-belengu dan api yang bernyala.
5. Sesungguhnya orang-orang yang berbahagia, akan minum dari piala yang campuran nya (adalah) kapur.
6. (Iaitu) suatu mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang berbahagia) dalam keadaan mereka salurkan dia kemana-mana.
7. Mereka sempurnakan kewajiban-kewajiban dan mereka takut kepada satu hari yang azab nya berterbangan.
8. Dan mereka beri makan makanan yang sedang dicinta, kepada orang meskin, dan anak yatim, dan orang tawanan.
9. “Kami tidak beri makan kepada kamu melainkan kerana Allah, kami tidak ingin dari kamu balasan dan tidak terima kasih”.
10. “Sesungguhnya kami takut kepada satu hari yang bermasam muka, yang sangat bengis, yang (datang) dari Tuhan kami”.
11. Maka Allah selamatkan mereka daripada kesusahan hari itu, dan ia berikan kepada mereka kesegaran dan kegembiraan.
12. Dan ia balas mereka, dengan sebab mereka sabar, syurga dan sutra.
13. Hal keadaan mereka padanya duduk bersinar atas ranjang-ranjang yang berhias, pada hal tidak mereka lihat padanya matahari dan tidak dingin yang keras.
14. Dan hampir atas mereka teduh-teduh nya, dan dimudahkan sangat pemetikan buah-buahan nya.
15.Dan diedarkan kepada mereka bacaan-bacaan dari perak dan piala-piala yang adalah ia (dari) kaca-kaca.
16. (Iaitu) kaca-kaca dari perak yang (besarnya) telah diukur oleh mereka seberes-beresnya.
17. Dan mereka diberi minum padanya minuman dipiala yang campuran nya jahe (sejenis halia).
18. (Iaitu) satu mata air, didalam nya dinamakan salsabil.
19. Dan melayani mereka anak-anak muda laki-laki yang kekal, apabila lihat mereka, engkau akan sangka mereka mutiara yang bertaburan.
20. Dan apabila engkau lihat disana, engkau akan lihat nikmat dan kerajaan yang besar.
21. Sebelah atas mereka sutera halus yang hijau dan sutera tebal, dan dihiasi mereka dengan gelang-gelang dari perak, dan Tuhan mereka beri mereka minuman yang suci. 
22. “Sesungguhnya ini adalah balasan untuk kamu, dan adalah usaha kamu itu diucapkan terima kasih”.
23. Sesungguhnya kamilah yang turunkan besar-besar atas mu Quran itu.
24. Maka sabarlah pada menjalankan hukum Tuhan mu, dan janganlah engkau turuti kemahuan orang yang berdusta atau yang kafir.
25. Dan sebutlah nama Tuhan mu pagi dan siang.
26. Dan disebahagian daripada malam, sujudlah kepadanya, dan berbaktilah kepada nya dimalam yang panjang.
27. Sesungguhnya mereka cinta kepada dunia dan mereka meninggalkan  dibelakang mereka satu hari yang berat.
28. Kami telah jadikan mereka dan kami telah teguhkan kejadian mereka, tetapi jika kami kehendaki, nescaya kami gantikan mereka dengan orang-orang yang sebanding mereka sebenar-benar pengantian.
29. Sesungguhnya (surah) ini satu peringatan, maka barang siapa mahu, nescaya (bisa) ia ambil jalan (yang menyampaikan) kepada Tuhan nya.
30. Tetapi tidak kamu berkemahuan melainkan jika dikehendaki oleh Allah, sesungguhnya Allah itu adalah mengetahui, bijaksana.
31. Ia masukkan siapa yang ia kehendaki kedalam rahmat nya, sedang orang-orang yang zalim itu ia sediakan untuk mereka azab yang pedih. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].