{76}
AL-INSAN (manusia) 1~ 31.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Bukankah
telah lewat atas manusia satu ketika daripada masa dimana ia bukan suatu benda
yang dapat disebut ?
2.
Sesungguhnya kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang kami beri percubaan
kepada nya, iaitu kami jadikan dia mendengar, melihat.
3.
Sesungguhnya kami unjukan kepada nya jalan (yang lurus), mahu pun ia berterima
kasih atau pun ia melupakan budi.
4.
Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu rantai-rantai dan
belengu-belengu dan api yang bernyala.
5.
Sesungguhnya orang-orang yang berbahagia, akan minum dari piala yang campuran
nya (adalah) kapur.
6. (Iaitu) suatu mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang berbahagia) dalam keadaan mereka salurkan dia kemana-mana.
6. (Iaitu) suatu mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang berbahagia) dalam keadaan mereka salurkan dia kemana-mana.
7. Mereka
sempurnakan kewajiban-kewajiban dan mereka takut kepada satu hari yang azab nya
berterbangan.
8. Dan
mereka beri makan makanan yang sedang dicinta, kepada orang meskin, dan anak
yatim, dan orang tawanan.
9. “Kami
tidak beri makan kepada kamu melainkan kerana Allah, kami tidak ingin dari kamu
balasan dan tidak terima kasih”.
10.
“Sesungguhnya kami takut kepada satu hari yang bermasam muka, yang sangat
bengis, yang (datang) dari Tuhan kami”.
11. Maka
Allah selamatkan mereka daripada kesusahan hari itu, dan ia berikan kepada
mereka kesegaran dan kegembiraan.
12. Dan
ia balas mereka, dengan sebab mereka sabar, syurga dan sutra.
13. Hal
keadaan mereka padanya duduk bersinar atas ranjang-ranjang yang berhias, pada hal
tidak mereka lihat padanya matahari dan tidak dingin yang keras.
14. Dan
hampir atas mereka teduh-teduh nya, dan dimudahkan sangat pemetikan buah-buahan
nya.
15.Dan
diedarkan kepada mereka bacaan-bacaan dari perak dan piala-piala yang adalah ia
(dari) kaca-kaca.
16.
(Iaitu) kaca-kaca dari perak yang (besarnya) telah diukur oleh mereka seberes-beresnya.
17. Dan
mereka diberi minum padanya minuman dipiala yang campuran nya jahe (sejenis halia).
18.
(Iaitu) satu mata air, didalam nya dinamakan salsabil.
19. Dan
melayani mereka anak-anak muda laki-laki yang kekal, apabila lihat mereka,
engkau akan sangka mereka mutiara yang bertaburan.
20. Dan
apabila engkau lihat disana, engkau akan lihat nikmat dan kerajaan yang besar.
21.
Sebelah atas mereka sutera halus yang hijau dan sutera tebal, dan dihiasi
mereka dengan gelang-gelang dari perak, dan Tuhan mereka beri mereka minuman
yang suci.
22.
“Sesungguhnya ini adalah balasan untuk kamu, dan adalah usaha kamu itu
diucapkan terima kasih”.
23.
Sesungguhnya kamilah yang turunkan besar-besar atas mu Quran itu.
24. Maka
sabarlah pada menjalankan hukum Tuhan mu, dan janganlah engkau turuti kemahuan
orang yang berdusta atau yang kafir.
25. Dan
sebutlah nama Tuhan mu pagi dan siang.
26. Dan
disebahagian daripada malam, sujudlah kepadanya, dan berbaktilah kepada nya
dimalam yang panjang.
27.
Sesungguhnya mereka cinta kepada dunia dan mereka meninggalkan dibelakang mereka satu hari yang berat.
28. Kami
telah jadikan mereka dan kami telah teguhkan kejadian mereka, tetapi jika kami
kehendaki, nescaya kami gantikan mereka dengan orang-orang yang sebanding
mereka sebenar-benar pengantian.
29.
Sesungguhnya (surah) ini satu peringatan, maka barang siapa mahu, nescaya
(bisa) ia ambil jalan (yang menyampaikan) kepada Tuhan nya.
30.
Tetapi tidak kamu berkemahuan melainkan jika dikehendaki oleh Allah,
sesungguhnya Allah itu adalah mengetahui, bijaksana.